Tuesday, September 15, 2009

Thai Tomyam on Ahad

Kalau korang check out kedua2 blog aku, blog ini dan blog Blogditemui, korang akan dapati bahawasanya telah ada entri baru post2 gambar "Berhari Raya" konsepnya. So, memang tidak salah lagi, Ahad lepas, aku, Miss Fiela, Kak Mai, Kak Fad dan Kak Ina telah menjalani satu sesi fotoshoot. Tema adalah Hari Raya. Tetapi aku sorang je fotografer, yang lenglain adalah model sahaja. Kalau korang nak tgk hasil2 titik peluh aku tu, sila sahaja ke link yang telah dilampirkan. Hekhekhek.

Sesi fotoshoot bermula jam 4 ptg dan tamat pada 5.30 ptg. So, destinasi seterusnya adalah port untuk berbuka puasa. Cari punya cari akhirnya Bangkok Tomyam yang berlokasi di Danga Festive Street Mall telah menjadi pilihan. Dah la aku memang craving gila nak makan mende ni sejak berbulan lepas. So, kembali mengidam. Menu pada hari itu adalah, Tomyam (alamak, dah nama kedai pun kedai Tomyam kan, takkan nak order Laksa Johor pulak).

This is my main course. Sedap. Tomyam Thai yang sangat marveles. Wahhhhhhhh~


Kak Ina dan Kak Mai. Muka penuh penghayatan.


Ni lagilah. Kak Fad lebih memahami.


Okay, masa ni apek ni tetiba nak interfame. Siap cakap "hey u, mesti amik gambar I okay".

Maaf, gambar pemilik blog tidak disiarkan kerana, saya kan pemalu orang nya. Dah la hati tisu, pemalu pulak tu. Hekhekhek. Bukan ape, saja je nak kasi blog ni lebih exclusive. Mana tahu esok lusa boleh challenge Kak Tijah ke. Hehehe. *Berangan la kau Wafi.



ps. Sawadeekap krap kun kap.

No comments: