*Semua dah boleh mula baca dengan slank2 Indonesian sikit ya*
Thursday, March 27, 2014
Trip to Bandung 2014
*Semua dah boleh mula baca dengan slank2 Indonesian sikit ya*
Tuesday, March 25, 2014
I Love You Atok
"You were content to let me shine, that's your way, you always walk a step behind. So I was the one with all the glory. But you were the one with all the strenght. Beautiful face without a name for so long. Beautiful smile to hide the pain. Did you ever know that you're my hero. You're everything I would like to be. I can fly higher than an eagle. For you are the wind beneath my wings".
Yes, you are the wind beneath my wings.
Dah 20 minggu dah atok pergi. Ni hati ni dah tak tahu dah samada dah kebal menahan sedih atau dah terlalu tak berdaya nak berduka lagi. Ive been grieving everyday since day one atok left us. Sepatutnya tak boleh nak terlalu bersedih sebab sebagai Muslim kena terima qada' dan qadar Allah SWT. Kena doakan yang terbaik untuknya.
That is also one of the reasons why ive been keeping to myself for quite some times. I need more time to heal myself.
Atok pergi betul2 masa awal muharram. To be precise, on the very day of Awal Muharram bersamaan dengan 05/11/13. Nak cakap sedih lagi pun orang kata tak baik la mengenang sangat orang yang pergi. Tapi sebaik-baik kenangan tu jelah yang ada untuk dibuat penawar rindu yang sangat merindui atok. Yaaa, aku memang panggil atok walaupun dia nenek aku. Dulu aku ada dedua atok dan nenek. Tapi Arwah Tok Wan meninggal masa aku berumur 10 tahun kot which is 15 years ago. Lama tak? Lama kan? Lama tak nenek tinggal sengsorang? Lama kan? Haaa memang lama. So since dia je nenek yang ada untuk aku so kami semua pon sekeluarga panggil jelah dia atok. Sweet and simple gitu. (Jangan ketawa, ini sepatutnya sedih ockayyy).
Disebabkan rumah aku dekat je dengan rumah atok, jadi aku antara cucu yang palibg kerap datang melawat dia. Lebih kurang seminggu sekali mesti aku jenguk dia. Kadang2 berhari-hari lagi kalau dia kena heart attack. Masalahnya arwah atok ni nak duduk sorang. Dia tanak duduk dengan anak2. Dan anak2 dia pula memasing busy. Aku mungkin bukan antara cucu pilihan tapi aku dapat rasakan yang sayangnya atok pada cucu2nya memang tiada beza. Dia bukan membahagi bahagikan sayang dia tu pada cucunya tapi dia memang bagikan sepenuh kasih sayangnya untuk semua cucu cucunya. Alhamdulillah aku mampu merasa nikmat itu. Dan aku sangat merindui kasih sayang itu kini.
Kalau aku g menjenguk atok, aku mesti akan bawakkan mana2 makanan untuk dia. Atok suka makan meehoon sup, nasi goreng paprik atau roti chicken floss tu. Ha ah, atok memang selera mat saleh sikit. Tu belum masuk breakfast dia tu. Kadang2 dia buat baked potato. Kau ada? Dan kalau aku bawak makanan, mesti je sebelum balik atok hulurkab duit. Bukan sikit, RM 50 okayyyyy. Kau beli makan ala ciput tak sampai RM10 pun tapi kau dapat lain pulak in return. Tapi aku memang tak pasang niat pun kalau bawak buah tangan untuk atok untuk dapat ganjaran lain. Tidak pernah terlintas langsung. Tidak walau sekali. Kadang2 merayu rayu dekat atok supaya dia tak bagi duit. Segan rasanya buat macam tu. Lagi satu yang best kalau g rumah atok, mesti dia cerita segala dia punya cerita masa zaman dahulu kalau, masa zaman2 perang Jepun dulu, komunis la, Bukit Kepong la, polis depoh la, sembunyi dalam sawah la eh macam2 cerita laaa. Yang penting aku dah pernah dengar cerita yang sama puluh ratus ribu kali. Kadang2 sampai tertido sambil dengor atok bercerita. Yaa, aku rindu sangat nak dengar cerita tu semua. Kalau aku tahu aku rekod dulu semua cerita tu, supaya aku boleh lagi dengar suara atok =(
Beberapa bulan sebelum atok meninggal, dia memang kena heart attack beberapa kali. Yang siap pengsan bagai tu. Ada sekali tu aku tengah mengajor dalam kelas. Tetiba jiran atok telepon cakap atok pengsan, apa lagi memang terus pecut balik rumah atok dengan mata ni bergenang je dalam perjalanan dengan harapan supaya Allah beri lagi masa untuk aku luangkan dengan atok. Bila dah sampai akhir2 masa, aku jadi macam sedikit malas. Aku jarang melawat atok. Aku lengahkan banyak perkara. Hari terakhir jumpa atok masa tu dekat kenduri rumah makcik aku. Masa tu nak balik rumah dah, lepas salam atok........ atok taknak lepaskan tangan. Agaknya nak pegang tangan aku buat kali terakhir la kan. Indeed, memang jadi kenyataan.
Ingat tak aku lengahkan banyak perkara?
Hari Selasa 5/11/13. Aku bangun lambat sebab semalamnya baru balik dari Singapore. Jadi bila bangun pagi lepas mandi, makcik aki datang rumah sebab nak hantar barang. Lepas tu makcik aku cakap dia akan ke rumah atok sebab nak jenguk atok la. Pagi tu aku memang dah pasang niat nak jenguk atok. In fact aku dah bilang sama mak aku yang aku nak tengok atok sebab dah lama tak melawat dia. So takpelah. Let it be lagi. Lepas tu dalam tengahari aku nak makan nasi beringin. Tetiba azan Zuhur pun berkumandang. Lepas suapan kedua, pakcik aku telefon. Dia cakap,
"Atok dah tak ada"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku tergamam, terkejut, tak sangka terus meraung sebab tak dapat menahan betapa sebak dalam hati ni.
Aku tinggalkan makanan dan segera mencapai apa yang patut. Aku terus bawak mak aku pergi ke rumah atok. Dan ya,
Innalillahiwainailaihirojiun
Tubuh atok dah pun kaku dekat kerusi kegemaran dia. Nampak macam atok senang tidur. Aku antara insan yang selemah-lemahnya sebab aku tak mampu nak memegang atok langsung pada masa tu. Aku tak nak percaya pun perkara macam tu. Aku lillahitaala aku sumpah tak nak percaya. Aku macam berharap agar ada keajaiban yang berlaku agar semua itu hanyalah mimpi semata. Tapi itulah kenyataannya. Secawan teh masih tidak bersentuh di atas meja dekat dapur. Atok tak sempat bersarapan pun. Aku cuba tenangkan diri. Makin ditenang makin meronta jiwa aku.
Terpaksa juga terima walaupun payah.
Cukuplah, puas aku kucup muka atok untuk kenangan abadi sampai bila-bila. Itulah kucupan terakhir yang aku dapat aku berikan kepada atok yang sangat aku kasihi.
Tidurlah, tidurlah atok. Tidurlah dengan lena buat selama-lamanya. Semoga suatu hari nanti kita akan bertemu kembali di dalam Jannah dan masa itu kita akan berjalan berdua berpimpinan tangan dan bersama untuk selamanya.
Wafi sayang atok, Wafi rindu atok.
Al-fatihah.
(sila abaikan typing error sebab masa menaip banyak sangat gangguan emosi)
Monday, March 24, 2014
Maafkan aku kerana melupakanmu
Haaaa kauuu, amek ni. Ni paling lama aku tak post kan. Sejak bulan 10/13 hari tu. Dah 5 bulan uols. Hampir setengah tahun gitu. Ingat nak buat comeback. Tu pun kalau ada yang merindui diri ini la. Huihuihui. InsyaAllah aku akan lapangkan lebih sikit masa untuk menaip di sesawang ini dengan harapan nak jadi keypad worrior. Kenapa keypad? Sebab aku guna phone je ni uols. Internet kat runah dah potong. Kan aku kan pakai P1 masa tu. Bangsat wei P1 tu, meresap seluruh badan yang besar sangat ni. Nak ikutkan hati banyak benda yang aku nak cerita. Tapi, aku sebenornya tengah jaga exam ni. Nanti dah habis exam aku sambung cerita k. Bye!
Wednesday, October 9, 2013
Lama kan
Ha, gitulah kalau orang bekerjaya gini. Busy aje memanjang. Malas la nak cakap panjang.
Bye.
Thursday, May 9, 2013
Saya Suka Jadi Teacher
Friday, May 3, 2013
Tips Kalau Nak Tengok Wayang
Sebenarnya dah lama dah tak tengok wayang ni. Rasa macam kosong gitu di hati. Dulu time zaman2 kolej, repeat woi repeat. Satu hari boleh repeat 2-3 kali wayang. Maklumlah, kolej depan je dengan shopping mall. Pantang aje release cerita baru, mesti aku yang tengok dulu.
Tapi kini tidak lagi, sibuk sangat. Banyak sangat kerja yang perlu dilakukan. Kihkihkih. Tapi hari tu sempat la jugak tengok wayangnya. Cerita apa, itu rahsia. Tak boleh bagi tahu, nanti korang terperanjat.
1) Jangan beli makanan berminyak
Kau kalau rasa nak makan ayam goreng fried chicken, nugget ikan, sate, mee kolok semua tu, kau jangan la tengok wayang. Kau pergi je restoran Singgah Selalu. Haa, makan kau puas2 kat sana. Ni konpius aku kau nak tgk wayang ke kau nak melantak?
2) Jangan nak memekak, atau translate cerita tu dekat mak kau, makcik kau, nenek kau dan sebagainya.
Bukan dah ada subtitle ke kat bawah cerita tu? Ni semua benda nak cerita semua dekat kawan sebelah-menyebelah kau. Somehow I dont get why? What are you really trying to prove by doing that? Diam2 dah la. Nanti dah keluar wayang kalau tak paham, kau explain la dekat makcik kau tu semula.
3) Kalau anak tu belum mummayiz (sila check kamus) tak payah menggatal bawak anak tu
Tengah scene-scene romantis, nak cium2 boleh pulak ada budak nangis la, merengek la. Potong stim kot macam tu. Kau kalau ada anak kecil yang belum boleh tgk wayang diam2, tak payah bawak. Kau tunggu je DVD keluar dekat Giant Plentong tu, lepas tu beli. Kau tengok je kat rumah. Kalau macam tu, anak kau nak melalak, menjerit sakan semua lantakkan aje.
4) Tengok wayang, JANGAN BUAT WAYANG
Kau kalau rasa nak buat wayang dalam panggung wayang, please get a room then. Then you can do all your wayang you want. And not to forget, all positions too.
5) Tablet Mudah Alih
Zaman sekarang ni memang dah banyak dah henpon2 touch screen besor gedabak. Namanya smart phone. Dia ada setting yang boleh melaraskan tahap 'brightness' sesebuah phone itu. Boleh tak kau jangan bagi dia bright sangat? Lepas tu kalau kat wayang, kau jangan la nak berangan check email la, check fb la, check twitter la, check instagram la, check POU la, check rambut kau la. Jangan ya. Jangan sesekali cuba. Nanti henpon kau mesti retak.
6) Time answer phone
Ha ni malas la nak cakap. Kau tu semua dah besor panjang. Pandai2 la kau pikir nak kena jawab ke tak panggilan tu. Lepas tu kalau jawab, tak payah la jerit2 sakan macam dekat pasar borong pandan.
7) Kalau tengok cerita bior sampai habis
Haaa, yang ni paling last. Kalau kau tgk cerita wayang kan, contoh macam cerita IRON MAN 3, please la tengok sampai habis credit sebab ada sikit je lagi kat bahagian last tu. Kihkihkih
Okay, itu sahaja nasihat saya pada kali ini. Semoga kita semua dapat merasakan hidayahnya. Bye.
Monday, April 29, 2013
Tips Melancong ke Jakarta dan Bandung PART 1
Thursday, April 25, 2013
Pulang Ke Pangkal Jalan
Ha gemuruh gitu baca title kan? Aku tahu aku ni dah lama tak
takde masa.
Sebenarnya aku ada satu bende nak cerita ni, tapi dah lama betul aku pendam dalam hati. Bukan apa, takut kang kalau cerita kang takut dikata menunjuk-nunjuk. Niat hati ni takde la macam nak menunjuk sangat, cuma yelah, nak tunjuk sikit je. Kihkihkih *sila abaikan
Sebenarnya, dah setahun empat bulan dah aku jadi cikgu. Alhamdulillah. Aku rasa inilah pekerjaan tetap aku yang pertama paling lama bertahan. Aku taip bahasa melayu jelah ya. Dah memang asal usulnya orang melayu
Sebenarnya tak lah mudah jadi cikgu ni. Aku rasa macam antara professional career yang paling mencabar jugak sebab you don't deal with things like computer, paper, machine and so on. You are dealing with soul and to be precise, souls. Not only a soul. In a classroom, there are plenty souls to take care of
Baru-baru ni pun aku asik balik kerja 10 malam la, 11 malam la sebab sekolah aku ada International Day, lepas tu nak buat semua persiapan lagi. Memang la makan masa kan. Kalau ada holiday pun time tu jelah nak rehatnya, kang sekolah dah bukak semula, disaster kembali la. Jadi, Tuan-tuan dan puan-puan, senang tak jadi cikgu ni? Susah yaa, susah. Walau bagaimanapun, aku rasa macam bersyukur jadi cikgu ni sebab walau stress macam mana pun, bila tengok muka budak2 yang penuh dengan harapan ni, semua rasa stress tu akan hilang dengan sendirinya. Tambahan pulak students aku ni semuanya comel-comel woi. Kalau dah mix macam2 negara kau bayangkan jelah muka dia macam mana. Eh maafkan saya, ter riak pulak ketika ini.
Ha ye, cakap pasal International Day, korang ni semua kat JB kalau ada masa jemputlah datang la. International Day ni macam pameran semua negara terpilih dekat dalam sekolah depends pada kelas. Contoh ada kelas akan present Indonesia, Vietnam, Scotland, USA dan macam2 lagi. Amboi, macam promote herbalife gitu. Pameran fotografi sekolah juga diadakan sempena dengan Open Day sekali. Hari Ahad pulak ada Colouring & Drawing Competition.

Takdelah, tipu je. Okay, aku bagi tahu jelah ya. Nama sekolah 'Austin Heights Private & International Schools' located at Austin Heights, Taman Mount Austin. Siapa yang tahu, McDonalds dekat Mount Austin yang drive thru tu, haa belakang tu bukan hospital atau kilang yaa, tulah sekolah tempat aku kerja. Kalau ada masa singgahla Sabtu dan Ahad ni 27-28/04/13 dari jam 10am hingga 4pm. Ada makanan lagi tau. Sesapa nak enroll tu, datang la tengok2 sekolah. Elok la jugak sekolah ni. Yang paling best Art Teacher Primary dia. Cikgu tu gila hensem, baik, murahati dan penyayang. Ya, aku la cikgu tu. Kihkihkih.
Actually, aku baru balik dari Jakarta dan Bandung dua minggu lepas, konon nak taip la tips2 pergi Jakarta dan Bandung, tapi nanti-nanti jelah ya. Esok lusa aku buat. Aku janji.
Wednesday, November 14, 2012
Salam Maal Hijrah
Kira semuanya pun mesti ada penghijrahan atau suatu pengorbanan. Eh, makin lama makin tak pandai pulak aku menulis bende ni. Ya, dah lama. It's been a while. I remembered the last ive posted things in here was on last September. Hahaha, yes it has been a while now.
Okay, back to the topic Maal Hijrah. Actually, hijrah bukan hanya sekadar satu perubahan tetapi ia merupakan satu pengorbanan. Well yeah, you gotta sacrifice something to gain something better too. Let's say all this while you've been doing all the stuff (e.g. Karaoke, Clubbing, Tinggalkan solat, pemarah, complainer and whatsoever), so you got to sacrifice it, berubah, hentikan segala yang tidak elok dan lakukan apa yang diperintahkan.
Yang menjadi satu masalah adalah apabila kita masih tidak rasa mahu berubah. Nak tunggu sampai bila? Sampai matahari terbit dari barat ke? Hihi. Actually ini pun sekadar peringatan, terutamanya pada diri aku sendiri.
Well, I will try my best to be better than today. Amar maaruf nahi munkar.
To all Muslims, Salam Maal Hijrah and remember what past is past. There's no way of turning back. Just work harder and better for our future.
Friday, November 11, 2011
superdamnfuckinawesome



