Monday, April 29, 2013

Tips Melancong ke Jakarta dan Bandung PART 1

p.s Kau kalau baca post kali ni, sila baca dalam bahasa Indonesia, kalau tak, tak paham!

Okay, here we go.

1) Benda pertama yang kau kena pastikan pilihan betul adalah kapal terbang. Kau kena pilih Kapal Terbang yang murah. Macam aku haritu, RM200 je tambang pergi dan balik. Kau ada? Tapi aku pergi dari Changi la. Sebab aku kan orang Johor, dekat sikit gitu. Sebenarnya aku taknak la cakap pasal kapal terbang, saje je nak mention tiket aku murah rabak! kihkihkih

1) *masih lagi SATU sebab satu yang di atas tu memain*
Duit. Sebenarnya duit adalah perkara yang paling mustahak paling utmost sekali yang kau kena bawak sebab, dekat sana semua barang-barang dia adalah murah. Yaaaaa, murah ya para ibuk-ibuk dan bapak-bapak. Kok kalau guwe yang duduk di Indonesia, guwe ini sudah dibilang jutawannnnn, aduh. Ya, serius. Murah. Aku masa tu pergi konon berlagak 'nak teman kawan je' sekali memang menyesal tak sudah sebab banyak benda yang ingin dibeli tapi fulusssss, sedih T___T. Kalau duit kat sana, dorang main ribu2 je. Tapi trick dia senang je, duit diorang ribu kan, kau buang tiga kosong kat belakang, lepas tu kau bahagi je dengan 3 (lebih kurang), dah jadi convert duit Malaysia. Jadi, tak perlu la kau nak terhegeh-hegeh bawak kalkulator sana-sini melainkan kalau kau tu cikgu art, lepas tu lemah matematik. Contoh, kalau harga minuman alpukat kat sana harga dia RP 15,000.00, kau buang ribu kan belakang jadi 15.00. Sekarang kau bahagi 3, dah jadi 5. Maka, harga minuman alpukat itu tadi adalah berharga RM 5.00 sahaja.

Tambang teksi : RP 21,000.00
                       [(21000/1000)/3]
                      = RM 7.00

Soalan : Jika Encik Ali pergi ke Jakarta dan membeli sehelai baju berharga RP 35,000.00 (Rupiah), berapakah harga baju itu dalam Rm (Ringgit Malaysia)?

Jawapan : __________

Kemain siap ada soalan, macam tuisyen Matematik pulak kan.

Lagi satu pasal duit ni, kau kalau setakat ratus2 rupiah tu, kau bawak-bawak la menghalalkan je, bagi je balance tu dekat pakcik teksi ke, tukang angkat beg ke, makcik2 tepi jalan ke sebab kau bawak balik Malaysia RP 200.00 tu memang dah jadi nothing dah wei. Melainkan kalau kau kumpul syiling tulah. Tu pun nak kene ajor ke?

2) Sebenarnya sebelum ni aku google blog orang, orang asyik cakap pasal peminta-peminta duit ni sekeliling pinggang dekat Jakarta. Tapi atas apa yang aku alami, fakta itu adalah tidak tepat sama sekali. Tak tahu la samada memang tak ada golongan minta2 duit tu, atau aku ni bernasib baik, atau dorang tak berani nak mintak dekat aku. Dekat airport yang ada cuma tukang angkat beg je, tu pun dia macam tak hadap sangat nak angkat beg kau. Jadi memang no no no, aku memang tak jumpa golongan tu dekat Jakarta, AT ALL, period. Tapi dekat Bandung ada ramai, kihkihkih. Cuma, kawan aku dah pesan banyak kali la, kalau kat Indon, step je macam teral. Kau gelabah pun kau step je ala-ala orang Indon gitu. Aku ni nasib baik bapak aku Jawa, jadi ada la muka aku ni imbas-imbas macam muka Pasha Ungu tu. *yaa silakan muntah*

3) Teksi
Kau kalau kat Indon, kau naik jelah teksi jenama Bird, apa saja yang ada macam Blue Bird Group la macam 'Blue Bird', 'Silver Bird', 'Golden Bird', 'Big Bird', bebird oh ya, Blue Bird tu ada dua, satu lagi Blue Bird Pusaka. Kenapa kena naik taksi2 bird je? Sebab ini je satu-satunya company yang teksi mereka menggunakan meter, yang lain memang tak pakai meter, main hentam kromo je. Ada satu insiden tu dekat Bandung, aku ngan kawan aku naik teksi jenama lain la,pastu dia mintak RP 30,000.00 tapi dia cakap tak pakai meter. Masa naik dia cakap dia pakai meter, lepas kitorang tanya-tanya dia cakap dia tak pakai meter. Walaupun ada meter, tapi dia kata bayar mesti tetap 30k. Pastu kawan aku cakap 'tak mahu la kalau macam tu'. Pastu supir tu cakap 'ya kalau gitu silakan keluar'. Ha terus je berhenti tepi jalan, pastu kitorang keluar. Gila teruk perangai supir tu. *supir itu adalah pemandu ya* Lepas tu kitorang naik je pengangkutan lain. Pfft

haa, ni la bentuk rupa logo Blue Bird tu, besor kan? Kaler dia wajib biru.

4) Pengangkutan
Selain teksi, ada banyak lagi jadah yang kita boleh gunakan kalau nak ke tempat lain. Antaranya adalah Bajaj, Ojek, Angkutan, Bas dan eh aku rasa tu jelah kot. Tapi memang bersepah-sepah la pengangkutan2 ni. Ada je setiap masa, di mana jua, cheh, macam lirik lagu pulak. Mungkin sebab populasi manusia dia Indonesia ni teramat ramai, jadi mereka terpaksa adakan pelbagai jenis pengangkutan bagi menampung perjalanan harian manusia. Selain naik teksi, aku merasa la naik Angkutan dan juga Bajaj. Angkutan tu murah banget, harga dia RP2000.00 je ke mana saja arah tak kira jauh atau dekat. Kau bayangkan tambang kau RM 0.70 je sehala, tak murah? Tapi memang seksa sikit la sebab Angkutan tu macam van kecil, dan dia tak kira akan ambil muatan selagi boleh, kalau kau kene berdiri kat luar pun, kau berdirilah kalau nak naik. Pemandu dia memang akan ambil penumpang tak kira walaupun van tu dah macam sardin, PERIOD. Masa aku naik pertama kali, siap tiga kali terhantuk okay. Maklumlah, aku ni kan ala-ala comel gitu. Memang la sangkut kalau naik kenderaan2 yang kecil ni. Kihkihkih. Kelas kau, maintenance tinggi gitu. Tapi, cuba kau bayangkan, kalau naik teksi contoh la kalau dari terminal larkin pergi Giant Taman Suria tu, harga dia macam RP 25,000.00 gitu which is RM 8.30 +- la, manakala kalau kau naik Angkutan harga dia RP 2,000.00 je, which is cheaper only RM 0.70 +-. Haa, jauh sangat tak beza dia? JAUH KOT beza. Kita ni kat JB ni kalau bas dalam RM 1.30, kalau teksi dalam RM 6.00 haaa ala-ala adil dan saksama gitu. Padan la kat Indon kalau kau kaya, kaya betul kalau miskin, miskin betul. *nangis jap* Perkara yang paling aku salute dekat Indonesia ni kan, PEMANDU dia. Perghhh, pemandu-pemandu dia ni semua kan memang dah tahap paling pro dah. Memang f*** skillful gitu. Kau bayangkan, kalau diorang ni main potong2 kan, jarak kereta dengan kereta lain adalah 3cm. Yaa, sentimeter *pengsan*. Lepas tu semua memang tak akan pernah ada courtesy nak bagi laluan, memang semuanya bawak kereta macam bawak dekat highway lajunya. Tapi tu kalau tak macet la. Kalau macet, sama jee lambatnya (macet adalah jem ya). Kira kalau kereta dekat Indon ni kan, kalau calor-balor sikit sikit tu kira biasa laaa. Semua kereta kat Indon ni memang ada je sikit calornya. Kalau tak ada calor kire kereta tu belum pakai lagi la. Kihkihkih.
nampak bende biru tu? Ha tu lah Angkutan yang aku cakap tu. Comel? xoxo

5) Hotel
Ha ni lantak kau la. Kau google sendiri masa kau nak pergi nanti. Yang ni aku malas nak cakap banyak. Walau bagaimanapun aku cerita la hotel mana aku menginap. Sebenarnya reason aku pergi Jakarta ni pun bukan sebab nak berjalan sangat. Tapi sebab teman kawan aku berkursus dekat salah satu Sekolah International di Jakarta. To be precise, at Kelapa Gading, Northern Jakarta. Sebab kawan aku yang ajak, maka dia sponsor semua penginapan. Haaaa, terharu aku sekejap. Hanya Tuhan je mampu balas balik jasa baik beliau *nangis lagi la*. So, hari pertama hinga ketiga, aku menginap dekat Whiz Grand Hotel. Aku rasa hotel ni macam 4stars la and its quite expensive though. Tapi memang best. Makan sarapan pagi dia memang macam di syurga. Amboi, macam pernah pergi syurga je. Tapi memang best. Hotel dia pun best la. Layanan macam 5 stars gitu. Hotel ni dekat je dengan Mall of Indonesia atau kami bilang MOI jika disini. Moi tu kire macam one of the largest malls in Kelapa Gading laa. Anyway, about any malls in Jakarta, if you are driving, they will check your car boot upon the gate entrance and when you want to enter the mall, you need to pass through their security check-up point. Haaa, kau ada buat macam tu kat Malaysia? Bukan apa, dia cakap takut ada orang seludup bom dalam mall. Fuhh, berdebar gitu nak jalan2 kat MOI tu.

Haa, nilah dia MOI. Tempat makan aku selama 3 hari. Hikhikhik

Hari keempat pula kitorang menginap di Pasar Baru Hotel dia Mangga Besar. Haaa, sini ada keliru sikit sebab Pasar Baru, Mangga Besar ni kat Jakarta. Dekat Bandung pun ada satu lagi Pasar Baru. Yang dekat Jakarta ni kira macam Petaling Street la hebatnya. Tapi diorang tutup awal wei. Pukul 8pm dah tutup. Sedih. Kitorang menginap dekat Hotel Pasar Baru, Mangga Besar ni sebab kitorang nak nai keretapi esoknya dari Stasiun Gambir untuk ke Bandung. Yaayyy, Bandung here i come *eh bukan dah past tense ke?* Sebab kalau dekat Kelapa Gading, tak ada train station yang dekat untuk ke Bandung. So the easiest is at Gambir Station. Kau kat sini kalau sebut Gambir, kau tak boleh sebut Gambey, kau kene pekatkan huruf 'R' tu, jadi macam GambiRRRRRRR sebutannya. Jelas gitu. Hari last masa dah sampai Bandung, kitorang stay dekat Hotel Progo, which is located damn near to all those factory outlets *mula sedih sebab duit dah berkurangan*.


wei. Ngantuk wei. Nanti info2 yang lain aku sambung dekat PART 2 yaaaa. Hikhikhikhik. Korang google la dulu hotel2 lain di Jakarta.

Thursday, April 25, 2013

Pulang Ke Pangkal Jalan

Bismillahirohmanirrohim.

Ha gemuruh gitu baca title kan? Aku tahu aku ni dah lama tak menulis menaip tapi maafkanlah aku ini. Bukannya tak sudi, tapi,

takde masa.

Sebenarnya aku ada satu bende nak cerita ni, tapi dah lama betul aku pendam dalam hati. Bukan apa, takut kang kalau cerita kang takut dikata menunjuk-nunjuk. Niat hati ni takde la macam nak menunjuk sangat, cuma yelah, nak tunjuk sikit je. Kihkihkih *sila abaikan

Sebenarnya, dah setahun empat bulan dah aku jadi cikgu. Alhamdulillah. Aku rasa inilah pekerjaan tetap aku yang pertama paling lama bertahan. Aku taip bahasa melayu jelah ya. Dah memang asal usulnya orang melayu nanti senang kawan-kawan kerja tak boleh baca. Alhamdulillah sangat-sangat akhirnya dapat la merasa kehidupan sebagai seorang guru, walaupun kepayahannya tak sama macam guru sekolah kerajaan. Oh ya, aku jadi cikgu dekat sekolah antarabangsa. To be precise, Private & International School. Nama sekolah, tak payah cakap la ya. Tapi dekat Austin Heights. Cariklah sendiri sekolah apa yang ada dekat Austin Heights tu. Hihihi. Aku kan memang suka main teka-teki ni.

Sebenarnya tak lah mudah jadi cikgu ni. Aku rasa macam antara professional career yang paling mencabar jugak sebab you don't deal with things like computer, paper, machine and so on. You are dealing with soul and to be precise, souls. Not only a soul. In a classroom, there are plenty souls to take care of bukan tadi kata taknak cakap bahasa inggeris ke?. Jadi, jadi guru ni bukanlah kerja mudah ya. Kalau dalam kelas nak kena kawal, setiap masa. Kalau kelas kau sejam dua puloh minit, sejam dua puloh minit tulah kau kena attend semua perangai tu. Ada masa kang, ada pulak yang bergaduh, ha macam mana nak leraikan pulak dua ekor yang bergaduh tadi sambil nak kawal yang lain? Lepas tu ada pulak yang tiba-tiba terpotong jari la, potong kuku la, potong rambut la, potong bebird la macam mana nak sambung balik bende yang telah dipotong tu? Lepas tu dah habis semua, parents complain pulak. Haaaa, dah tu komplen bukan bende-bende yang munasabah, semua bende yang nak bikin hentam cikgu je salah. Tak bagi anak makan ikut time la, tak kasi anak keluar pergi kencing la, tak kasi anak dia minum air dalam kelas la, wei banyak wei. Memang irritates habis komplen2nya ni. Haaa, ada lagi orang yang pikir kerja jadi cikgu ni senang?

Baru-baru ni pun aku asik balik kerja 10 malam la, 11 malam la sebab sekolah aku ada International Day, lepas tu nak buat semua persiapan lagi. Memang la makan masa kan. Kalau ada holiday pun time tu jelah nak rehatnya, kang sekolah dah bukak semula, disaster kembali la. Jadi, Tuan-tuan dan puan-puan, senang tak jadi cikgu ni? Susah yaa, susah. Walau bagaimanapun, aku rasa macam bersyukur jadi cikgu ni sebab walau stress macam mana pun, bila tengok muka budak2 yang penuh dengan harapan ni, semua rasa stress tu akan hilang dengan sendirinya. Tambahan pulak students aku ni semuanya comel-comel woi. Kalau dah mix macam2 negara kau bayangkan jelah muka dia macam mana. Eh maafkan saya, ter riak pulak ketika ini.

Ha ye, cakap pasal International Day, korang ni semua kat JB kalau ada masa jemputlah datang la. International Day ni macam pameran semua negara terpilih dekat dalam sekolah depends pada kelas. Contoh ada kelas akan present Indonesia, Vietnam, Scotland, USA dan macam2 lagi. Amboi, macam promote herbalife gitu. Pameran fotografi sekolah juga diadakan sempena dengan Open Day sekali. Hari Ahad pulak ada Colouring & Drawing Competition.

Ha kau tengok la sendiri kat atas tu. Nampak tak takde address? Saje je tanak korang pergi.

Takdelah, tipu je. Okay, aku bagi tahu jelah ya. Nama sekolah 'Austin Heights Private & International Schools' located at Austin Heights, Taman Mount Austin. Siapa yang tahu, McDonalds dekat Mount Austin yang drive thru tu, haa belakang tu bukan hospital atau kilang yaa, tulah sekolah tempat aku kerja. Kalau ada masa singgahla Sabtu dan Ahad ni 27-28/04/13 dari jam 10am hingga 4pm. Ada makanan lagi tau. Sesapa nak enroll tu, datang la tengok2 sekolah. Elok la jugak sekolah ni. Yang paling best Art Teacher Primary dia. Cikgu tu gila hensem, baik, murahati dan penyayang. Ya, aku la cikgu tu. Kihkihkih.

Actually, aku baru balik dari Jakarta dan Bandung dua minggu lepas, konon nak taip la tips2 pergi Jakarta dan Bandung, tapi nanti-nanti jelah ya. Esok lusa aku buat. Aku janji.

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah

Orang kata bila tiba Maal Hijrah, kita pun mesti berhijrah kene berubah banyak benda.
Kira semuanya pun mesti ada penghijrahan atau suatu pengorbanan. Eh, makin lama makin tak pandai pulak aku menulis bende ni. Ya, dah lama. It's been a while. I remembered the last ive posted things in here was on last September. Hahaha, yes it has been a while now.

Okay, back to the topic Maal Hijrah. Actually, hijrah bukan hanya sekadar satu perubahan tetapi ia merupakan satu pengorbanan. Well yeah, you gotta sacrifice something to gain something better too. Let's say all this while you've been doing all the stuff (e.g. Karaoke, Clubbing, Tinggalkan solat, pemarah, complainer and whatsoever), so you got to sacrifice it, berubah, hentikan segala yang tidak elok dan lakukan apa yang diperintahkan.

Yang menjadi satu masalah adalah apabila kita masih tidak rasa mahu berubah. Nak tunggu sampai bila? Sampai matahari terbit dari barat ke? Hihi. Actually ini pun sekadar peringatan, terutamanya pada diri aku sendiri.

Well, I will try my best to be better than today. Amar maaruf nahi munkar.

To all Muslims, Salam Maal Hijrah and remember what past is past. There's no way of turning back. Just work harder and better for our future.

Friday, November 11, 2011

superdamnfuckinawesome

have you ever wonder how this oversize woman can be soooo damn pretty stylish? The answer is confident. If you feel confident in what you do, what youre wearing, then u should be fine. But above all this, how you carried yourself in those dress. Once I saw her blog, I fall for her already. If you may ask whose inspire me to be outstanding in my fashion, my answer always be Lady Gaga her. Here some previews from her blog;



Pictures credited to Georgina Doull

See, she is perfect isnt she? So, if you are fat, please kindly not to wear leggings without any skirt, it'll turnout to be fugly. And remember, please not to wear any dress that the size wasnt fit you at all. It'll turnout to be fuckinfugly then. If you have any argument on having dress for a day, you can always refer to her blog. Lucky enough that i'm not a girl. If imma girl, then she might have a competition. sowhatchawaitingfor?


and have fun.

xoxo

Tuesday, July 19, 2011

the Black is Backkkkk


Who says you’re not star potential
Who says you’re not presidential
Who says you can’t be in movies
Listen to me, listen to me
Who says you don’t pass the test
Who says you can’t be the best
Who said, who said
Won’t you tell me who said that

ps. See sape kata Rebecca Black tak boleh nyanyi?? Who said? (okay, yang who said who said ni lagu si anak Gomez tu ya)

Tuesday, February 8, 2011

Swap Je Visa Mak

Tadi pagi ada dengar radio Hitz
dorang cakap pasal
Selena Gomez pegi makan dengan Wafi Bieber Justin Bieber
Masa nak bayar, Selena macam nak pegang tangan Bieber
pastu Selena terus mencapai credit card Bieber
dan mensetelkan bil itu.

okay, tu aku boleh tahan la.
yang aku tak leh nak tahan kan,
.
.
.
.
Si DJ tu : What? how come? Dia belum cukup umur. I guess that was supplementary from his mom. KEPALA HOOO!!!

.
.
.
okay la, tak la kelakar pun
tapi KEPALA HOOO
bergeracau okay, bergeracau aku gelak dalam kereta tu sorang2

Okay
lepas tu aku nampak ada satu pasangan ni
naik moto
lelaki kat depan pompuan kat belakang
pastu kan
lelaki tu pakai jaket terbalik (yang didepan dikebelakangankan)
ala yang macam orang2 moto selalu buat tu
pastu jaket lelaki tu macam terjatuh2 tau
pastu kan perempuan tu
tarik jaket tu biar terletak kat bahu lelaki tu
awwwwwwwww
sweet tak? sweet kan?
aku macam tersentuh gitu dengan mereka
tapi memang
cerita motor ni memang takde kene mengena dengan Justin Bieber


ps.Nak beli motor la pasni. Nak bawak awek pastu nak pakai jaket terbalik. bye.

Tuesday, December 21, 2010

Kening Kita Ni Ori Okay

Masa tu belek2 beg baru kat kedai ape tah nama dia
Dekat CS (City Square)
Masa tu aku dengan Faezah dan juga Koken
(sila rujuk yellow pages kalau tak kenal sidek2 ni)
Tetiba ada akak ni,

"kening cukur eh?"
.
.
.
.
.
.
.
.
berlakunya perdebatan selama beberapa minit.
enuff.

Saya Masih Jantan
(Sequel kepada filem "Aku Masih Dara")


ps. Sumpah lepas ni nak letak tonik rambut kat kening so, kening leh camtum macam Kajol.

Friday, November 5, 2010

Rahsia Teruna

Psst..
Kita kan, ada satu rahasia.
Nak tahu tak?
Jap, kita nak taip ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kita kan,
masih teruna.
Okay,selamat hari
Deepavali
awak semuaaa.
ps.Kalau makan maruku tu, jangan sampai tercekik. Bye

Wednesday, October 27, 2010

Dah Paling Korea La Tuh

Tolong la. Dah macam ape dah video ni. Konon dah habis Super Junior la tuh. Tak silap aku band ni nama dia 'Kopi Bujang'. Ntah ape2 kan. Video dah macam okay la, sekali nama, baik letak Kopi Janda. Bukan tak suka, suka tu suka sangat. Tapi, cuba korang tgk video ni sampai habis, kalau korang dengar bebetul, dari mula sampai habis, suara dorang tak dengar macam nyanyi real pun. Dengar macam semua ada 'plus electronic sound' macam Gaga but even Gaga pun nyanyi part electro certain2 je. Yang ni, kalau boleh, satu lagu dia nak suara efek electro je.

ps.Aku tak suka, tapi macam cool je. So aku tgk jelah mende ni. Hahaha, btw, ada la effort. Malaysia, bila nak buat Wondergirl?

Monday, October 25, 2010

Clap It Right

Comel siaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Okay, jom belajar tepuk tangan beramai-ramai.