Ha gemuruh gitu baca title kan? Aku tahu aku ni dah lama tak
takde masa.
Sebenarnya aku ada satu bende nak cerita ni, tapi dah lama betul aku pendam dalam hati. Bukan apa, takut kang kalau cerita kang takut dikata menunjuk-nunjuk. Niat hati ni takde la macam nak menunjuk sangat, cuma yelah, nak tunjuk sikit je. Kihkihkih *sila abaikan
Sebenarnya, dah setahun empat bulan dah aku jadi cikgu. Alhamdulillah. Aku rasa inilah pekerjaan tetap aku yang pertama paling lama bertahan. Aku taip bahasa melayu jelah ya. Dah memang asal usulnya orang melayu
Sebenarnya tak lah mudah jadi cikgu ni. Aku rasa macam antara professional career yang paling mencabar jugak sebab you don't deal with things like computer, paper, machine and so on. You are dealing with soul and to be precise, souls. Not only a soul. In a classroom, there are plenty souls to take care of
Baru-baru ni pun aku asik balik kerja 10 malam la, 11 malam la sebab sekolah aku ada International Day, lepas tu nak buat semua persiapan lagi. Memang la makan masa kan. Kalau ada holiday pun time tu jelah nak rehatnya, kang sekolah dah bukak semula, disaster kembali la. Jadi, Tuan-tuan dan puan-puan, senang tak jadi cikgu ni? Susah yaa, susah. Walau bagaimanapun, aku rasa macam bersyukur jadi cikgu ni sebab walau stress macam mana pun, bila tengok muka budak2 yang penuh dengan harapan ni, semua rasa stress tu akan hilang dengan sendirinya. Tambahan pulak students aku ni semuanya comel-comel woi. Kalau dah mix macam2 negara kau bayangkan jelah muka dia macam mana. Eh maafkan saya, ter riak pulak ketika ini.
Ha ye, cakap pasal International Day, korang ni semua kat JB kalau ada masa jemputlah datang la. International Day ni macam pameran semua negara terpilih dekat dalam sekolah depends pada kelas. Contoh ada kelas akan present Indonesia, Vietnam, Scotland, USA dan macam2 lagi. Amboi, macam promote herbalife gitu. Pameran fotografi sekolah juga diadakan sempena dengan Open Day sekali. Hari Ahad pulak ada Colouring & Drawing Competition.
Takdelah, tipu je. Okay, aku bagi tahu jelah ya. Nama sekolah 'Austin Heights Private & International Schools' located at Austin Heights, Taman Mount Austin. Siapa yang tahu, McDonalds dekat Mount Austin yang drive thru tu, haa belakang tu bukan hospital atau kilang yaa, tulah sekolah tempat aku kerja. Kalau ada masa singgahla Sabtu dan Ahad ni 27-28/04/13 dari jam 10am hingga 4pm. Ada makanan lagi tau. Sesapa nak enroll tu, datang la tengok2 sekolah. Elok la jugak sekolah ni. Yang paling best Art Teacher Primary dia. Cikgu tu gila hensem, baik, murahati dan penyayang. Ya, aku la cikgu tu. Kihkihkih.
Actually, aku baru balik dari Jakarta dan Bandung dua minggu lepas, konon nak taip la tips2 pergi Jakarta dan Bandung, tapi nanti-nanti jelah ya. Esok lusa aku buat. Aku janji.
No comments:
Post a Comment