Okay, lestat this. Semua orang duduk diam-diam, jangan menggelenyah sangat ya masing2. Ni aku nak buat pengakuan sikit. Dulu kan aku ada post pasal 'Tips Melancong ke Jakarta dan Bandung PART 1' tu kan? Aku kan dah janji nak post Part 2. Tapi asyik tergendala je kan? Hihihi, so lupakan jelah Part 2 tu sebab baru-baru ni aku telah lagi sekali ke Bandung dalam tiga minggu yang lepas. Dengan siapa? Dengan Afiq, kawan aku yang dah jadik doktor tu yalls. Hehehe. Ya ampun ya rabbi, best kot.
*Semua dah boleh mula baca dengan slank2 Indonesian sikit ya*
Kali ni aku taknak la bagi tip-tip melawat tempat2 kat Bandung ni. Aku nak kongsi je cerita kat sana. Kalau nak tips pergi cari blog lain. Hikhikhik.
Tidak dinafikan blog2 pasal orang yang melancong ke Bandung memang banyak sekali dari orang Malaysia. Kau kalau pergi hotel kat sana pun, sebelah bilik memang kompom orang Malaysia. Aku berani kerat jari ni kalau aku salah. So masa aku pergi Bandung yang baru-baru ni aku stay kat Orange Home Syariah dekat area Sukajadi. Apa yang ada dekat Sukajadi ni? Suka dia la nak jadi apa ye tak?
Hari pertama.
Sampai Bandung dah malam. Rasanya masa tu dah pukul 8pm waktu Bandung. Kenapa sampai malam? RAHSIA. Sesampainya kami di sana, terus amik teksi dan terus ke hotel. Alhamdulillah Orange Home Syariah ni totally not bad at all. Nice ambiance and surroundings. Tapi tempat dia macam ke dalam sikit. Jadi, agak jauh nak ke jalan besar. So, lepas check-in, kami pun menapak ke mana saja. Konsep adalah mana saja. Mana sahaja kaki kau melangkah pergi tanpa menghiraukan apa yang ada di hadapanmu. Ewahh. Tapi not bad jugak. Jalan punya jalan lepas lebih kuran 15 minit, kami pun sampai ke jalan besar. Amboi, jalan besar dia meriah uols. Kanan kiri ada banyak kedai makan. Lepas tu banyak kedai Mart la, pelbagai jenis mart la ada. Yang paling best, mart-mart ni semua ada dua tingkat dan di tingkat atas, ada band performances. Haaa best tak? Aku pun tak tahu best ke tak sebab aku pergi mart tu sebab nak beli ubat gigi je. Lepas tu kami ke restoran nasi padang. Yaaa, banyak jenis lauk tapi tak la impress sangat. Biasa je. Tengah-tengah makan tu tetiba ada budak masuk bawak gitar nyanyi lagu Sandiwara Cinta. Tension betul, hari pertama dah kopak 500. Nasib baik 500 rupiah je. Eh? Kedekut narrrr. Okay hari satu habis.
Hari kedua.
Hari kedua seperti yang telah dirancang, memang nak spend the whole day kat luar la. Tak kira la ke mana, yang penting kat shopping mall. Nampak tak permainannya di situ? Nak shopping aje memanjang. So pagi tu kami ke Cibaduyut. Nama macam vulgar sangat tapi tidak. Apa yang ada di Cibaduyut ni? Dia macam ala2 factory outlet tapi lebih terkenal dengan barangan kulit. Kulit je di kanan dan kiri, depan dan belakang. Mana-mana kau jumpa kulit. Pada aku, aku tak la heran sangat sebab aku pun bukan peminat setia barangan kulit. *Hidup canvas yawwww*. Tapi sempat la ragut sebarang dua barang kan. Aku beli beg yang sangat comel dan cantik berharga Rp 100,000.00 (RM 33+-). Murah kan? Murah nak mati kauuuuuu harga dia. Tapi sebenarnya bukan kulit pun. Hahahahahaha. Ape tah dia panggil. Tapi kira worth it la jugak. Cantik kot. Anyway, kalau kau peminat setia barangan kulit, haruslah merasa syurga kulit ni. Kalau tetiba haus, jangan risau, pergi je Mart yang macam 7-Eleven dia ni memang banyak gilos kat sana.
Lepas kami di Cibaduyut, kami rempit pulak ke area Pasar Baru. Hehe, tak ada la rempit pun. Naik taksi aja. Lepas tu makan pulak kat Bumbu Desa. Hahaha, eleh kat KL pun ada Bumbu Desa tu. Tapi sumpah memang different ambiance dari yang dekat KL tu. Makanan dia pula, 'lumayaannnnnn'. Memang sengaja pun nak makan Bumbu Desa tu. Kawan aku ngidam sangat. Lepas tu kami jalan kaki ke kedai-kedai berdekatan. Dan singgahlah di syurga perfume. Apa tah nama kedai dia, Parfum Collector rasanya. Memang ribuan jenis ada kat kedai tu. Dari A-Z ada you name it jelah. Daripada taknak beli tu akhirnya kecundang jugak lalu terbeli la tiga botol perfume berlainan perasa. Woi ni pun murah. Bau memang lekat satu hari. Aku kalau pergi sekolah, anak2 murid ni semua melekat dekat aku sebab kewangian diriku ini. Chewahhh!! 3 botol tu pun murah dalam Rp 105,000.00 je. Dalam RM35 ringgit. Murah tak murah? Murahhh!!!! Kemudian naik taksi lagi, pergi pulak ke Pasar Baru. Ha ini dia tempat yang dinanti-nanti. Syurga paling best. Kalau orang putih dia panggil nirvana gitu. Hikhikhik. Apa yang ada kat Pasar Baru? Ya Allah Ya Tuhanku, semua ada di Pasar Baru ni Dari barang gilos murah, sampai ke barang gilos mahal. Semuanya ada. Dan manusia di sini memang berpusu-pusu ramainya. Yang wajib kalau beli di Pasar Baru ni adalah, telekung. Memang rambang mata kalau tengok telekung kat sini. Macam-macam warna berbagai-bagai pilihan. Hebat dan mantap. Harganya, tawar la sampai dapat. 'Biar jadi bang harganya'. Masa nak lari keluar dari Pasar Baru ni memang disaster. Setiap 10 saat akan ada orang approach kau mintak suruh beli beg kenbes yang besar tu buat isi barang. Tu siap tunggu taksi, ada je lagi yang menyanyi sakan. Dia pikir suara dia tu sedap sangat ke? OMG.
Lepas tu pulak kami ke Kartika Sari. Haa, apa yang ada kat Kartika Sari ni? Kat sini pun adalah antara tempat wajib pergi kalau tak pergi memang tak boleh keluar Bandung. Apa yang ada? Ada pelbagai jenis kuih dan kerepek serta kek kek yang sedap. Pelbagai jenis rasa dan perasa. Harga pun murah2 kalah Ayer Hitam tau. Sepatutnya nak pergi yang dekat dengan Romah Mode, tapi taksi driver telah menipu kami dengan hanya menghantar kami di tempat yang dekat walaupun tambang mahal. T.T
Selepas Kartika Sari, kami ke Dago, iaitu satu kawasan yang memang banyak factory outlet. Tapi aku rasa factory outlet dekat Jalan Riau yang paling best wallahuakbar! Yang dekat Dago ni macam common sangat and it doesnt feel so special about anything being in Dago ni. Dan masa dekat Dago ni, aku memang dah penant nauzubillahminzalik. Penat rabak kot jalan sehari suntuk. Dengan panas dia lagi. Huhuhu. Tapi tetap aku gagahi demi masa yang singkat itu. Lepas Dago, ingat nak balik. Ha ini paling disaster. It took us almost 3 hours to get back to our hotel. Benar, betul. Rupanya Sukajadi adalah kawasan yang paling tak strategik untuk menetap. Nama je Sukajadi tapi aku tak berapa nak suka sangat. Melainkan kalau kau ada urusuan hanya di Sukajadi. Dan Dago pula adalah kawasa luar bandar dari arah satu lagi. Let me explain, kau bayangkan Pasar Baru tu macam center la dekat tengah-tengah bandar. Sukajadi pula di kiri bandar. Dago pula di kanan bandar. So? Lu pikir la sendiri. Memang azab la jugak. Tapi nak buat macam mana, waktu pulak tengah waktu balik kerja, memang peak hour all over Bandung. Memang quite hell disaster. Akhirnya dapat naik angkutan, tapi pakcik ni macam kenakan kitorang sikit. Dan berjam jugak dalam angkutan tu. Jadi tak apa lah kalau bayar lebih sikit kat pakcik tu kan? nak sedapkan hati je ni
Hari kedua habis.
Hari ketiga.
Kau ingat ada hari ketiga? Flight kitorang pukul 10pagi. So bangun pagi, siap-siap terus je checkout ke airport. Nampak tak betapa singkatnya percutian kitorang? Huhuhu. Tak apa lah, asalkan boleh merayap ke suatu tempat kan? Hehehehe. So sampai JB dalam pukul 12 tengahari gitu dan petang tu siap pergi tuisyen lagi kauuuuu. Tak jet lag pun. Gila apa nak jetlag flight 2 jam je kan! LOL
Apa-apa pun, best la trip to Bandung tu. Kalau boleh nak repeat every year. Bandung tu pun dah macam Malaysia. Kau tak payah risau la kalau rindu kat orang Malaysia. Orang Malaysia memang bersepah. Kau cakap je nak dari mana, semua ada.
Nanti aku upload gambor. Cis, tak ada pulak gambor aku g Bandung masa tu. Siot betul. Nanti aku upload ya kawan-kawan semua. Aku pun sebenornya bukan kat rumah. Tapi kat Starbucks kat Setia Tropika ni. Kelas kau nak update blog siap nak ke Starbucks bagai.
Ha tu jelah aku nak cakap. Kau kalau nak g Bandung, cakaplah dekat aku. Sebab,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku nak ikut! Kbye.
1 comment:
bandung x pernh smpi lg ....insyaAllah nnt..jom!!!!!
Post a Comment