Haaa baca tajuk pun dah tahu ke mana kita kali ini. Eh? Sebelum tu cuba try teka aku skang ni berada di mana? Starbucks. Okay, nampak tak tak ada kene mengena pun dengan tajuk. Maksudnya aku masih tak ada internet kat rumah. Zzz.
Okay, lets talk about Penang. Aku pergi tak lama, basically about three days only tapi sebab aku sampai pagi Ahad, tapi balik JB pagi Rabu, maka percutian ni jadi empat hari la. Tapi sumpah hari keempat memang tak kira sebab flight aku pukul 7.15 a.m. sweet kan pepagi buta punya flight?
Dari JB aku g naik flight je sebab kebetulan dapat harga murah dalam RM170 gitu round trip flight dia. Kalau naik bus pun sebenarnya ada yang murah. Kawan aku naik bas dalam RM 60 je dari JB kauuu, murah kann? Boleh pergi tiap2 minggu kalau macam tu. Tapi tulah, time consume more la in bus. Naik flight ni dia cakap sampai dalam satu jam sepuluh minit, tapi dalam 50 minit je dah sampai. Gila laju pilot ni bawak aeroplane. Alhamdulillah selamat sampai dan tiada aral melintang.
*Now is the tricky part, lepas ni kau semua boleh la baca dengan sedikit loghat utagha sebab nak bagi sikit feel macam ala2 berada kat Penang gitu.
Sampai ja dekat airport, kitorang wander around la nak cari the cheapest yet the easiest way to George Town. Rupanya taxi dia, mahai naaaaaaa. Dari airport dia ke GT, rege dalam RM 44 gittuew. Padahal tak ada la jauh sangat pun. So kami semua amik keputusan nak baik bas je. Ada bas, banyak. Harga pun murah jaaa. RM 2.70 naik je bas yang ada tulih nak pi Jetty, Bas 101 Rapid Penang kalau x silap. See, jauh eh beza kalau nak bayar taxi tu dengan bas tu. Grrrrr.
Sesampainya kami di George Town, atau senang cakap Komtaq la, kami terus cari pusat tourism, tapi tak jumpa apa pun. Hampeh je lebih. Ni semua sebab ada sorang kawan kitorang la yang macam so particular nak cari Malaysian Tourism la supaya lebih banyak info la pejadah semua nya lah naa. Tapi hampa sebab kami tiba hari Ahad kan, so banyak tempat tutup. So, perut pun dah lapar, kami pergilah Perangin Mall. Lunch kat situ. Sini, Penang banyak pork atau daging khinzir. Jadi pada muslimin muslimat semua, sila pastikan bahawa kedai-kedai yang anda kunjungi pastikan ianya halal dan pork-free barulah barokah kita semua ke alam akhirat nanti.
Lepas lunch, kami pun jalan-jalan dalam mall sat na. Dalam pukui 1.30 pm gitu, kami pun berjalan ke hostel yang kami telah booked, iaitu Ryokan Chic Hostel dekat Lebuh Muntri, berhampiran Love Lane dan juga Kapitan, Little India. Tak jauh, dekat je dengan Komtaq. Dalam 10 minit je jalan dah sampai, jadi tak payah risau nak naik bas ka, teksi ka, jalan kaki saja naa. Sampai ja kami pun check in la. Hostel ni actually quite good. Kitorang amik mixed-dorm so kami berempat tidur dalam satu bilik yang sama which is not really appropriate la. Hahaha.
Kelebihan Ryokan Hostel:
1. Bersih
2. Banyak mat saleh
3. Food served fresh from the kitchen (breakfast)
4. Very friendly staff, yang sangat baik bagi tunjuk ajar semua
5. Walking distance to almost all nice places, even Nasik Kandaq Beratuq pun na
6. Ada astro, board game, card game, carrom (tapi kau datang bukan nak tgk Astro kan?)
7. Katil so comfy, tak ada bed bugs langsung.
8. Dalam bilik, every bed provided with personal power-point and locker.
9. Ada bean bags dekat chill place dia dan ada satu rak yang banyak buku untuk sesiapa yang pergi Penang untuk baca buku je.
Tu je kot.
Kekurangan Ryokan Hostel pulak:
1. Dia punya lantai agak bising sebab dia pakai lantai kayu so kalau tgh malam ada orang jalan dekat luar, memang obviously adalah kedengaran. Tapi kalau kau dah penat, bunyik bom pun mana la ko sedor kan?
2. Pintu toilet dia, ha ni best. Toilet dia adalah shared bathroom, so ada 6 cubicles macam tu. 3 untuk mandi, 3 untuk air besaq. Pintu dia kan adalah thick-glass yang ala2 ada 30% see through gitu. Still good though. People can see your colour or shape or action but they still can't see your 'details'. Good enough for me. Tapi as a very orthodox Malay, I quite mind about it la. Eventho I give full positive feedback on Ryokan, but I don't think I will stay there again next time T.T
So, lepas dah check in. Kami semua naik teksi pergi Penang Hill. Ha ini heaven okay. Teksi dari GT ke Penang Hill dalam RM30 je. So kami berempat share la tambang tu. Kalau naik bas mungkin lebih murah tapi penat sangat kot. Dengan panas semua so naik jelah teksi. Sesampai di Penang Hill dah dalam pukul 4 macam tu. So beli la tiket naik train dia. Harga tiket:
Dewasa : RM8
Kanak-kanak : RM4
Student ID : RM4
Foreigner : RM30
So aku bayor RM4 sebab aku kanakanak ada Student ID card, yayyy!
Train tu best gila sebab dia macam inclined train. Tak pernah pun aku naik train macam tu. Tapi memang best la sebab dapat tengok permandangan yang sungguh indah. Chewahhh! Sampai je dekat top of the hill, kitorang masuk Owl Museum. AKU MEMANG PEMINAT TEGAR OWL. SIAPA KAWAN AKU MESTI KENA TAHU TENTANG HAL INI. Awwwwww. Best. Owl Museum memang owlsomeeeeeeee!!! Harga RM 10. Tapi sebab again, aku ada Student ID card, so aku bayor RM5 je. Dekat atas museum tu ada Love Locks, ala-ala macam kat Eiffel Tower gitu. Tapi ni dekat atas bukit je. Lepas tu kitorang g temple apa tah nama dia dan juga mesjid dekat dengan temple tu. Harmoni sangat temple dengan mesjid sebelah menyebelahi. Lepas dah spent time dalam 3 jam gitu, kitorang pun nak la balik GT sebab kawan kepada sorang antara kami nak jumpa kitorang dekat Restoran Kapitan dekat Little India. So kami pun skip la Botanical Garden dan Monkey Cup farm sebab nak kejar masa. Tapi salah sorang daripada kami ni macam unhappy sebab dia nak sangat tengok monkey dekat Botanical Garden. Tapi kalau pergi Botanical Garden, perlu lagi dua-tiga jam macam tu. So dia pun terpaksa akur akan hal sedemikian lantas kami pun turun daripada puncak bukit dengan menaiki train yang sama (ada rasa macam korang sebenarnya baca novel tak?). Turun pulak ada pulak pesta masyarakat India so kami macam stuck quite some time sebelum berjaya menaiki bas ke komtaq. So dalam 6.30pm baru sampai Komtaq dan kami pun berjalan ke Restoran Kapitan tu. Restoran tu jual the best tandoori and naan in town. Indeed, memang sedap gilos nak mampos naan tandoori dia. Lagi2 cheese naan. Woii mantap woi. Lepas makan, jalan2 kejap dekat Little India, dan terus pulang ke hostel. Yayyy!
Hari kedua pulak ni hah. Pagi tu kami jalan sikit ke area Love Lane. Rasanya jalan tu memang bernama Love Lana. Sight seeing sikit2 lepas tu terus rush ambil bas nak kemana? Ke Kek Lok Si Temple. Haaa, Kek Lok Si Temple ni sebelah je dengan Penang Hill tapi nak pergi semalamnya tak sempat. So kami pun pergi la paginya. So banyak sikit masa boleh spend kat situ. Kek Lok Si ni antara the biggest temple in Penang so rugi la kalau tak pergi. Dekat puncak Kek Lok Si ni ada patung buddha berwarna perak yang sangat besor. Nak sampai ke puncak memang ada beberapa checkpoint la yang harus direntasi. Pertama, kena menaiki tangga-tangga yang disebelahnya ada bermacam jenis kedai yang ada jual macam-macam. Anak tangga dia juga besor2 dan lebor, jadi jangan risau kalau gayat ke apa. Anda tidak akan apa2. Aku yang gemuk ni pun wat lek je naik tangga tu. Lepas tu, akan juga satu kolam yang dipenuhi dengan Kura-Kura bermacam saiz. Kalau aku kata bukan tortoise, tapi terapine. Whatever la! Kura2 je senang. Hahaha. Dekat ditu boleh beli kangkung RM1 dan kerat2 bagi makan dekat kura2 tu. Aww, comel.
Lepas tu kena daki lagi tangga untuk sampai ke checkpoint yang seterusnya. Lepas tu naik lagi sampai berapa lama tagi tah aku lupa pulak. Nanti akan ada kedai yang akan lead to the inclined lift station. Ha dari situ kena naik inclined lift untuk sampai ke atas puncak yang ada Buddha besor tu. Harga tiket inclined life ni murah je, RM6 untuk both ways up and down. Sampai je kat atas, korang semua akan takjub dengan keindahan alam semula jadi. Walaupun berlainan agama, kita tetap kena respect pegangan orang lain ye tak.
Lepas tu, kami turun dan kawan2 aku pekena pulak Asam Laksa dekat area kaki bukit tu. Sedap katanya. Tapi aku tak la makan. Minum je. Hihihi. Lepas tu kami naik bas ke Komtar sebab nak ke Ferringhi pulak. Tapi target nak ke Ferringhi dalam pukul 5. Tapi jam masih awal, so kami sampai la awal kat Komtar tu. Yang kawan aku sorang ni, masih lagi nak cuba pujuk nak ajak pergi Botanical Garden. Geram betul aku, aku hampir2 nak cakap kalau kau nak pergi sangat, kau pergilah sendiri. Dia macam tak paham yang Botanical Garden tu tak boleh habis dalam masa yang sekejap. So sebab nak killing time, sambil nak sedapkan hati kawan aku yang nak sangat pergi Botanical Garden, aku pun terus cakap kita naik hop-on CAT Bus, free bus yang bawak kita around the town. Penuh woiiii! So naik la bas je. Ingatkan dia round the town sampai the meeting place, rupanya sampai ke hujung jetty je. Zzz. Lepas tu kena turun. Nasib baik dia turunkan dekat stesen bas jugak. So, kami pun terus naik bas ke Ferringhi. Ha, habis citaq! Takde la nak ke Botanical Garden ke, tengok monyet ke, periuk kera ke, takdak dah.
Sesampainya di Batu Ferrighi, kami pun dinner dulu. Restoran tu nama dia Slow Rock, located just in front of Hard Rock Penang. Cliche eh? Apa yang ada dekat Ferringhi ni? Ferringhi ni kawasan pinggir2 pantai so pantai dia memang awesome la. Cuma aku x bawak baju pun nak mandi. Tak kuasa aku nak mandi pantai. Hehehe. So just lepak2 then jalan sepanjang pantai sampai dekat 2Ferringhi. 2Ferringhi ni macam bazaar la. Macam ala2 market yang jual barang2 murah tu. Ala2 Bugis Market tu uols. Tak tahu g google sana. Lepas tu lepak kejap dekat Beach Bar. Aku minum Coke jelah. Lepas tu jalan2 lagi sebab sepanjang jalan tu ada orang jual2. So jalan sampai bus stop, pastu amek bas ke bandor semula. Next location nak pegi makan kat Nasik Kandaq Beratuq. So tak tahu jalan, so aku ayat je abg bas tu supaya hantar kami dekat dengan restoran tu. Alhamdulillah, ayat menjadi. So senang la, turun2 bas je terus sampai depan Nasi Kandar Beratur.
Nasi Kandar Beratur tu, SEDAP woiiiiiii. Tengok dari rupa bentuk dia mcm biasa je, tapi rupanya sedap tahap gaban woi. Aku siap makan dua hari. Hahaha. Sebab sedap sangat. Yang paling sedap adalah telur ikan la. Ehh, terlioq pulak cakap pasal tu. So lepas makan kami pun balik ke hostel.
The next day, hari ketiga kami decide tanak naik piblic sangat. Sebab nak cycling around the town gitu. Harga basikal sewa murah2 je, boleh dapat semurah RM8 - RM15 untuk sehari. Murah kan? Yang bestnya, dengab basikal, kau boleh tengok banyak sangat bende yang menarik di sekelilingmu. Ewahh!
So pagi tu, kitorang cycle sampai ke Chowrasta. Haaa ini pun heaven. Ala2 flea market. Ada Jeruk Pak Ali, jeruk paling ternama la kononnya dekat Penang ni. Tapi pelayan dia gila sombong. Nak suh packing baru pun tak boleh. Boikot2. Tapi jeruk dia sedap wei. Tak leh tido gitu kalau tak makan. Lepas tu dalam Chowrasta tu ada macam2 la, baju la seluar mambang semua. Pendek kata, macam2 ada! Selepas tu, kitorang cycle ke area bandar, Khoo Kongsi antara area tempat yang popular dengan temple dan juga wall mural. Cycle sampai hujung sampai dekat Chew Clan Jetty. Ini aku suka sebab tempat dia menarik gila. Kalau boleh nak tinggal kat situ. Eh? Dari Chew Jetty, cycle pulak ke Fort Cornwallis which is best jugak tapi tak ada apa pun kat sini. Tapak peninggalan jelah yang ada.
Malam tu pulak, kazen kepada kawan aku datang nak bawak kitorang jalan2, nak belanja makan katanya. So dia bawak kitorang ke Gurney. Tu pun ala2 beach walk gitu. Kalau jalan dari Ferringhi beach tu memang boleb je sampai ke sini. Tapi kebanyakkan kat sini adalah Chinese seafood la. Tapi banyak yang halal gak. So kitorang makan dekat Bali Hai. One of the seafood restaurants in Gurney. One of the famous anyway. Apa yang di order? Banyak gilos. Ada udang pantries nama dia, besaqqqq tapi sekor RM70 kauuu. Mampooo? Pastu ada ikan siakap stim, sayur campuq dengan ayam masak entah la. Total RM400 ++. Alhamdulillah ada orang belanja. Sedap sangat makanan tu lagi2 kalau orang belanja kan? Heheheh.
Lepas tu, balik ke kawasan hostel. Tetiba aku pening kepala. So aku balik hostel, kawan2 aku g enjoy music dekat Reggae Penang. Lepas aku okay dari pening, aku pun join diorang, lepas tu aku pergi lagi Nasi Kandaq Beratur tu. Hahahah. Sedap woi.
Macam panjang pulak post aku kali ni. Korang baca la elok2 ya. Kalau taknak baca panjang2 boleh je korang PVR.
Penat la pulak membebel. Okbai!! xoxo