Monday, April 14, 2014

Tips Nak Minta Kerja (Gerenti 100peratus)

Ha meh sini aku nak kongsi sikit ni meh. Hari tu ada la orang tanya macam mana nak jadi cikgu swasta. Ni aku nak bagi tahu la sikit caranya serta tips2 lain nak mintak kerja tak kira la kerja macam mana pun kata kau.

1. Ni kalau nak jadi cikgu swasta. Aku rasa aku ni nasib baik je sebab aku tanya memang right on time tatkala sekolah itu memerlukan cikgu art. Tapi secara rasminya kalau nak mintak kerja kat sekolah mcm ni. Kau telefon sekolah tu. Tanya ada nak perlukan cikgu tak? Kalau ada, kau follow jelah procedures yang telah ditetapkan pihak sekolah. Kalau tak ada, kau kepoh2 mintak email pengetua. Dah dapat email ni, apa lagi, kau standby la resume, cover letter etc. untuk diemailkan kepada pengetua. Voilahh, mudah kannn? Kalau nak jadi cikgu, harus la cakap kena banyak. Goreng pun goreng la. Kalau sekolah swasta, hentam sikit speaking yang mantap2 tu. Speaking ala2 brit ish gitu. Kalau dia tanya kau boleh buat itu ini, kau cakap je ya. Nanti dah dapat kerja, pandai2 la kau cari jalan nak cover balik apa yang kau dah cakap. Hahaha. Cekal kan aku? Pastu kalau berbual time interview, jangan stiff sangat, bagi idea dan elaborate apa topik yang telah dikeudarakan. Selalunya sekolah swasta nak pandang kemahiran seseorang dahulu, so mungkin akan ada mock-teaching session lepas interview. Haaa time ni la nak tunjuk bakat. Kalau lancar semuanyaaa, insyaAllah dapat la kerja tu.

2. Apa yang kena ada masa apply online atau offline? Okay, yang ini kau kena ada resume atau curriculum vitae. Dalam tu kena ada maklumat yang sangat lengkap dan yang paling penting, informasi adalah up-to-date. Common mistake yang selalunya orang tak update adalah tahun. Kalau muka tu maintain muda takpe jugak. Ni kang dah muka nampak ada kedut2 tapi umur maintain 22 acaner tu? Dalam CV ni jugak letak la experience yang lebih formal. Atau kalau tak formal, kau buat je dia sampai jadi formal. Contoh kalau kau letak hobi kau menyanyi, kau tambah la tulis kat situ cakap yang kau ada sertai nyanyian kat sekolah ke, pancaragam ke, akademi fantasia ke. Elaborate lebih sikit. Kalau hobi membaca buku, terangkan sekali buku apa yang kau suka baca. Baru impressive! Satu lagi benda, email tu, kalau ada mcm nama2 cute, baik jangan guna. Ni kang email adikmanja@emailkaulah.com la, abangperkasa@emailkaulah.com la. Eeee, tak geli ke?

3. Kalau dah dapat callback for interview, apa lagi pergi jelah kan. Tapi ingat, masa pergi tu kena lah well prepared. Apa yang perlu di bawa? Bawa segala dokumen sokongan macam resume, sijil2, hasil karya et cetera la. Lepas tu jangan lupa bawak pen jugak. Kadang2 kena isi borang tapi tak ada orang yang sudi hulur sebatang pen. Then, kalau dah tahu nak pergi interview tu, pakai la yang semenggah sikit. Kalau lelaki, elok la pakai kemeja dengan slack. Perempuan pulak kalau tak pakai tudung, pastikan rambut tu diikat. First impression tu yang penting kan. Lepas tu, masa bercakap, cakap perkara yang berkaitan ke kalau boleh. Struktur ayat tu kasi betul sikit.

Aku ingat aku ada banyak tips, rupanya aku ada tiga tips je kauuu. Hahaha. Okay la kan daripada takde. Ni kira bersyukur la ni aku ni berpengalaman tukar kerja selama 10 kali tau. Sebenarnya tukar kerja ni pun best gak, cuma the hardest part is that you have to repeat the whole process again each time youve changed your working place. But anyway, you will learn so many things, so many cultures that could bring out the best in you in the future. For me, myself i have treasured so much things from all these working places. Thats not including of how many times i went for the interview. Gahh to just think about it make me feel so sick.

Apa2 pun, Allah SWT dah rancang yabg terbaik untuk semua manusia. Kita ni jelah yang kena lebih berusaha dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.

Kepada yang sedang berusaha nak dapat pekerjaan tu, jangan give up. Kalau gagal, jangan risau cuba je lagi tak kira la berapa banyak pun berapa lama pun kalau usaha dengan betul, insyaAllah dapat.

Tu jelah tips yang dapat dikongsikan pada kali ini. Okay nak tido dah ni. Bye!

No comments: