Kemain, tajuk terus straight to the point. Hihi. Aku nak cakap sikit la sebab dah selama setahun lima bulan jadi teacher ni, baru ni kali pertama rasa macam confident nak cakap pasal profession perguruan ni. Walaubagaimanapun, korang tolong jangan comparekan dengan cikgu gomen, cikgu gomen ada banyak sikit la benefit daripada cikgu swasta macam aku ni. Anyway, tak tahu la samada cikgu swasta lain pun sama macam aku atau sekolah aku je yang tak rasa sangat beneficialnya. Kihkihkih.
Sebenarnya jadi cikgu ni adalah pekerjaan yang paling susah yang semua orang fikir mereka boleh lakukan. Tapi ingat, walau sehandal mana pun seorang guru tu, dia pasti menghadapi pelbagai kesukaran dalam mengendalikan kelasnya. Lagipun, kerja jadi guru ni we have to deal with people with emotions. Bukan sehari dua hari, kalau kau ajar banyak year-group, mungkin makan tahun la. You deal with human being, you create and develop soul. Definitely it's really really not an easy thing to do.
Kau boleh la belajar pandai macam mana pun tapi jadi guru ni kena praktikal, perlu kerja keras dan banyak berlatih. Sekarang aku dah paham macam mana susahnya nak jadi cikgu. Baru aku rasa macam mana la cikgu aku deal dengan aku dulu. Rasa malu segan pun ada, dulu aku ni kaki gaduh ngan cikgu tau. Hahahaha. Teringat cikgu Fizik aku, Cikgu Zuliana Mat Deng kalau tak silap nama dia. Pehh, kemain anti dengan aku tu. Tak lupa cikgu agama aku masa form 4, tapi aku lupa nama dia. Kihkihkih. Sorry.
Okay, kenapa aku nak cakap jadi teacher bukan kerja mudah?
1) You have to deal with soul, emotion even though your emotions unstable. Jadi teacher bukan boleh sukati nak marah budak. Tak boleh. Kalau macam tu, kau yang ada masalah dengan diri kau sebenarnya. Contoh, kau ada masalah dekat rumah, dekat sekolah kau tak boleh nak express perasaan tu terhadap budak. Kesian budak tak bersalah tetiba teacher emo (kadang-kadang aku buat gak kihkihkih). Memang aku mengaku kadang-kadang aku pun ada bad day. Tak best kot kalau bad day, semua yang kau nak buat nanti mesti tak jadi atau salah. Tapi selalunya kalau aku bad day, aku jarang la terus marah. Tapi once ada budak spoil, terus aku jad hilang sabar. So far, takde la aku tepuk tampar budak, paling kuat pun jentik je. Hahahaha. Tapi, kalau budak buat salah, kau kena la berusaha supaya budak tu tahu yang dia buat kesalahan because every mistakes they make, there's a price that they have to pay!
2) Jadi teacher ni umpama ibu bapa kedua. Ya, ibu bapa di sekolah. You have to take care of them almost all the time from the day beginning to the end of the school session. Everything they make, if there's an incident, you have got to be responsible. Especially kalau teacher homeroom. Nasib baik aku subject teacher je. So, i dont really have to deal with the same class all the time. Kalau homeroom teacher, they have to take care of their homeroom class almost every single time. If there's an incident happen, or maybe parents complain, these homeroom teachers will have to confront the situation first. Lagi-lagi kalau homeroom teacher untuk budak Year 1 dan Year 2. I give you an example, let's say one day there's a primary students spill food on his/her shirt, then who do you think gonna take care of them? Yes, teacher. One more example, let's say there's fight between two secondary school students? Whose gonna answer to the parents if anything happen? Yes, TEACHER. Bayangkan kalau sehari ada satu insiden, sebulan? Haaaa, penat tak kau nak melayan benda-benda macam ni? Sungguh penat.
3) Kadang-kadang tak ada masa nak makan. Dekat sekolah aku, aku mengajar 15 kelas. Satu kelas 2 period, satu period ada 40 minit. Kadang-kadang kene jadi teacher-on-duty. Lepas tu duty time lunch. Haaaa, cuba cakap bila nak makan. Lepas tu tak cukup dengan duty time lunch, lepas tu kelas full sampai CCA, lepas tu kena duty jaga budak balik pulak. Haaa, berlari tak kau nak sampai ke destinasi? Memang la tak semua teacher berdedikasi sampai macam tu. Tapi aku ni memang jenis yang sangat berdedikasi kan, terpaksa la aku akur dengan semua ni. Lagi pun susun atur jadual dekat sekolah aku ni kadang-kadang disaster sikit. Ada teacher yang pernah dapat 8 period dan CCA dalam sehari. 8 period tu maksudnya takde free period langsung. Still think that being a teacher is the easiest job?
Well, it wasn't all that bad about being a teacher. To be honest, nothing's too bad unless you are the one who messed up the whole situation. Of course you will feel proud enough if at least you have a student (or more) practicing the things that you have taught. Because being a teacher is not only to teach, but to educate pupils to become an educated person in future. We as teachers, we inspire students to cope with every lesson and trust me, to get the attention from the whole class, is really not an easy thing especially when you have 20+ students in a classroom (government school usually more than 40+ in a class).
Walaubagaimanapun, tiada kerja yang mudah di dalam dunia ni. Semua profesyen ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Yang penting, kerja tu kena datang dari hati yang ikhlas. Nawaitu kerja tu penting. Walaupun aku berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam menangani budak2 ni, tapi aku masih bersyukur sebab aku rasa ini kerja yang aku idam-idamkan selama ini. Walaupun penat bermain dengan emosi, tekanan tempat kerja dan sebagainya, tapi bila kau tengok budak-budak yang nak belajar ni, kau rasa hilang sakit kau tu semua (lagi-lagi kalau budak yang comel, hahahahaha). Dan sampai sekarang ni, aku masih bertahan. Ni kerja aku yang paling lama kot. Sebelum ni semua kerja aku bertahan sebulan dua je. Ni je yang dah masuk tahun kedua. Alhamdulillah syukur.
Bestnya jugak jadi teacher ni, kau rule the classroom. Class management tu kau sorang je yang organize. Maksud aku, with the advice and supervision by the principal la. Tapi when it comes to delivering lesson, only you are the one dealing with it. Kalau benda tu betul, betullah ia. Jangan sampai kau deliver benda yang salah dah la. Tak de la, boss kau nak kacau kau setiap hari. Kalau kerja lain, mesti boss sibuk2 kepoh2 tanya kerja dah siap ke tak, nak tambah kerja lagi ke tak. Kepoh je.
Haa, penat gitu membebel pasal jadi teacher ni. Sebenarnya banyak lagi perkara yang aku nak cerita. Tapi penat. Berbuih dah mulut ni bercakap (walaupun tak guna mulut untuk taip benda ni).
Jadi kepada semua guru-guru di Malaysia mahupun bukan di Malaysia, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup menggalas tugas yang paling sukar (bagi saya) di dalam dunia ini. Teruskan usaha mendidik dengan penuh amanah dan jalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan kesabaran. InsyaAllah kalau anda deliver yang baik, satu hari nanti perkara yang baik juga akan di-deliver kepada anda. Kepada yang baru nak jadi guru tu (ceh, macam dah lama je aku ni jadi cikgu, kihkihkih), jangan cepat mengalah sebab ada so many reason to make you giving up from this profession. The most important thing is you must have passion dealing with your work.
Dan akhir sekali, saya nak ucapak SELAMAT HARI GURU, HAPPY TEACHERS' DAY to all teachers in the world. You really have done a great job dealing with souls. Keep up the good work!
ps. Lupa pulak nak cakap, lagi satu yang best jadi cikgu ni sebab, banyak cuti woooooooo. Bulan2 gitu cuti dia. Hihihihi. Jangan lupa jugak ya, hari jadi aku 26th May ini (sumpah tak ada kena-mengena kan?)
2 comments:
Haha wafi wafi.anyway happy teahers' day!
salam..boleh kongsikn cane nk apply cikgu kt skolah swasta?sy minat jd cikgu, tp xde degree edu..kpli pn xbuke offer..so hrpkn sekolah swasta je la..hrp boleh kongsikn..tq
Post a Comment