Diam semua. Tolong Diam. Shhhhhh! Kalau tak diam aku tumbok. Nak?
Sebenarnya dah lama dah tak tengok wayang ni. Rasa macam kosong gitu di hati. Dulu time zaman2 kolej, repeat woi repeat. Satu hari boleh repeat 2-3 kali wayang. Maklumlah, kolej depan je dengan shopping mall. Pantang aje release cerita baru, mesti aku yang tengok dulu.
Tapi kini tidak lagi, sibuk sangat. Banyak sangat kerja yang perlu dilakukan. Kihkihkih. Tapi hari tu sempat la jugak tengok wayangnya. Cerita apa, itu rahsia. Tak boleh bagi tahu, nanti korang terperanjat.
1) Jangan beli makanan berminyak
Kau kalau rasa nak makan ayam goreng fried chicken, nugget ikan, sate, mee kolok semua tu, kau jangan la tengok wayang. Kau pergi je restoran Singgah Selalu. Haa, makan kau puas2 kat sana. Ni konpius aku kau nak tgk wayang ke kau nak melantak?
2) Jangan nak memekak, atau translate cerita tu dekat mak kau, makcik kau, nenek kau dan sebagainya.
Bukan dah ada subtitle ke kat bawah cerita tu? Ni semua benda nak cerita semua dekat kawan sebelah-menyebelah kau. Somehow I dont get why? What are you really trying to prove by doing that? Diam2 dah la. Nanti dah keluar wayang kalau tak paham, kau explain la dekat makcik kau tu semula.
3) Kalau anak tu belum mummayiz (sila check kamus) tak payah menggatal bawak anak tu
Tengah scene-scene romantis, nak cium2 boleh pulak ada budak nangis la, merengek la. Potong stim kot macam tu. Kau kalau ada anak kecil yang belum boleh tgk wayang diam2, tak payah bawak. Kau tunggu je DVD keluar dekat Giant Plentong tu, lepas tu beli. Kau tengok je kat rumah. Kalau macam tu, anak kau nak melalak, menjerit sakan semua lantakkan aje.
4) Tengok wayang, JANGAN BUAT WAYANG
Kau kalau rasa nak buat wayang dalam panggung wayang, please get a room then. Then you can do all your wayang you want. And not to forget, all positions too.
5) Tablet Mudah Alih
Zaman sekarang ni memang dah banyak dah henpon2 touch screen besor gedabak. Namanya smart phone. Dia ada setting yang boleh melaraskan tahap 'brightness' sesebuah phone itu. Boleh tak kau jangan bagi dia bright sangat? Lepas tu kalau kat wayang, kau jangan la nak berangan check email la, check fb la, check twitter la, check instagram la, check POU la, check rambut kau la. Jangan ya. Jangan sesekali cuba. Nanti henpon kau mesti retak.
6) Time answer phone
Ha ni malas la nak cakap. Kau tu semua dah besor panjang. Pandai2 la kau pikir nak kena jawab ke tak panggilan tu. Lepas tu kalau jawab, tak payah la jerit2 sakan macam dekat pasar borong pandan.
7) Kalau tengok cerita bior sampai habis
Haaa, yang ni paling last. Kalau kau tgk cerita wayang kan, contoh macam cerita IRON MAN 3, please la tengok sampai habis credit sebab ada sikit je lagi kat bahagian last tu. Kihkihkih
Okay, itu sahaja nasihat saya pada kali ini. Semoga kita semua dapat merasakan hidayahnya. Bye.
No comments:
Post a Comment