Tuesday, March 25, 2014

I Love You Atok

"You were content to let me shine, that's your way, you always walk a step behind. So I was the one with all the glory. But you were the one with all the strenght. Beautiful face without a name for so long. Beautiful smile to hide the pain. Did you ever know that you're my hero. You're everything I would like to be. I can fly higher than an eagle. For you are the wind beneath my wings".

Yes, you are the wind beneath my wings.

Dah 20 minggu dah atok pergi. Ni hati ni dah tak tahu dah samada dah kebal menahan sedih atau dah terlalu tak berdaya nak berduka lagi. Ive been grieving everyday since day one atok left us. Sepatutnya tak boleh nak terlalu bersedih sebab sebagai Muslim kena terima qada' dan qadar Allah SWT. Kena doakan yang terbaik untuknya.

That is also one of the reasons why ive been keeping to myself for quite some times. I need more time to heal myself.

Atok pergi betul2 masa awal muharram. To be precise, on the very day of Awal Muharram bersamaan dengan 05/11/13. Nak cakap sedih lagi pun orang kata tak baik la mengenang sangat orang yang pergi. Tapi sebaik-baik kenangan tu jelah yang ada untuk dibuat penawar rindu yang sangat merindui atok. Yaaa, aku memang panggil atok walaupun dia nenek aku. Dulu aku ada dedua atok dan nenek. Tapi Arwah Tok Wan meninggal masa aku berumur 10 tahun kot which is 15 years ago. Lama tak? Lama kan? Lama tak nenek tinggal sengsorang? Lama kan? Haaa memang lama. So since dia je nenek yang ada untuk aku so kami semua pon sekeluarga panggil jelah dia atok. Sweet and simple gitu. (Jangan ketawa, ini sepatutnya sedih ockayyy).

Disebabkan rumah aku dekat je dengan rumah atok, jadi aku antara cucu yang palibg kerap datang melawat dia. Lebih kurang seminggu sekali mesti aku jenguk dia. Kadang2 berhari-hari lagi kalau dia kena heart attack. Masalahnya arwah atok ni nak duduk sorang. Dia tanak duduk dengan anak2. Dan anak2 dia pula memasing busy. Aku mungkin bukan antara cucu pilihan tapi aku dapat rasakan yang sayangnya atok pada cucu2nya memang tiada beza. Dia bukan membahagi bahagikan sayang dia tu pada cucunya tapi dia memang bagikan sepenuh kasih sayangnya untuk semua cucu cucunya. Alhamdulillah aku mampu merasa nikmat itu. Dan aku sangat merindui kasih sayang itu kini.

Kalau aku g menjenguk atok, aku mesti akan bawakkan mana2 makanan untuk dia. Atok suka makan meehoon sup, nasi goreng paprik atau roti chicken floss tu. Ha ah, atok memang selera mat saleh sikit. Tu belum masuk breakfast dia tu. Kadang2 dia buat baked potato. Kau ada? Dan kalau aku bawak makanan, mesti je sebelum balik atok hulurkab duit. Bukan sikit, RM 50 okayyyyy. Kau beli makan ala ciput tak sampai RM10 pun tapi kau dapat lain pulak in return. Tapi aku memang tak pasang niat pun kalau bawak buah tangan untuk atok untuk dapat ganjaran lain. Tidak pernah terlintas langsung. Tidak walau sekali. Kadang2 merayu rayu dekat atok supaya dia tak bagi duit. Segan rasanya buat macam tu. Lagi satu yang best kalau g rumah atok, mesti dia cerita segala dia punya cerita masa zaman dahulu kalau, masa zaman2 perang Jepun dulu, komunis la, Bukit Kepong la, polis depoh la, sembunyi dalam sawah la eh macam2 cerita laaa. Yang penting aku dah pernah dengar cerita yang sama puluh ratus ribu kali. Kadang2 sampai tertido sambil dengor atok bercerita. Yaa, aku rindu sangat nak dengar cerita tu semua. Kalau aku tahu aku rekod dulu semua cerita tu, supaya aku boleh lagi dengar suara atok =(

Beberapa bulan sebelum atok meninggal, dia memang kena heart attack beberapa kali. Yang siap pengsan bagai tu. Ada sekali tu aku tengah mengajor dalam kelas. Tetiba jiran atok telepon cakap atok pengsan, apa lagi memang terus pecut balik rumah atok dengan mata ni bergenang je dalam perjalanan dengan harapan supaya Allah beri lagi masa untuk aku luangkan dengan atok. Bila dah sampai akhir2 masa, aku jadi macam sedikit malas. Aku jarang melawat atok. Aku lengahkan banyak perkara. Hari terakhir jumpa atok masa tu dekat kenduri rumah makcik aku. Masa tu nak balik rumah dah, lepas salam atok........ atok taknak lepaskan tangan. Agaknya nak pegang tangan aku buat kali terakhir la kan. Indeed, memang jadi kenyataan.

Ingat tak aku lengahkan banyak perkara?

Hari Selasa 5/11/13. Aku bangun lambat sebab semalamnya baru balik dari Singapore. Jadi bila bangun pagi lepas mandi, makcik aki datang rumah sebab nak hantar barang. Lepas tu makcik aku cakap dia akan ke rumah atok sebab nak jenguk atok la. Pagi tu aku memang dah pasang niat nak jenguk atok. In fact aku dah bilang sama mak aku yang aku nak tengok atok sebab dah lama tak melawat dia. So takpelah. Let it be lagi. Lepas tu dalam tengahari aku nak makan nasi beringin. Tetiba azan Zuhur pun berkumandang. Lepas suapan kedua, pakcik aku telefon. Dia cakap,

"Atok dah tak ada"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku tergamam, terkejut, tak sangka terus meraung sebab tak dapat menahan betapa sebak dalam hati ni.

Aku tinggalkan makanan dan segera mencapai apa yang patut. Aku terus bawak mak aku pergi ke rumah atok. Dan ya,

Innalillahiwainailaihirojiun

Tubuh atok dah pun kaku dekat kerusi kegemaran dia. Nampak macam atok senang tidur. Aku antara insan yang selemah-lemahnya sebab aku tak mampu nak memegang atok langsung pada masa tu. Aku tak nak percaya pun perkara macam tu. Aku lillahitaala aku sumpah tak nak percaya. Aku macam berharap agar ada keajaiban yang berlaku agar semua itu hanyalah mimpi semata. Tapi itulah kenyataannya. Secawan teh masih tidak bersentuh di atas meja dekat dapur. Atok tak sempat bersarapan pun. Aku cuba tenangkan diri. Makin ditenang makin meronta jiwa aku.

Terpaksa juga terima walaupun payah.

Cukuplah, puas aku kucup muka atok untuk kenangan abadi sampai bila-bila. Itulah kucupan terakhir yang aku dapat aku berikan kepada atok yang sangat aku kasihi.

Tidurlah, tidurlah atok. Tidurlah dengan lena buat selama-lamanya. Semoga suatu hari nanti kita akan bertemu kembali di dalam Jannah dan masa itu kita akan berjalan berdua berpimpinan tangan dan bersama untuk selamanya.

Wafi sayang atok, Wafi rindu atok.

Al-fatihah.

(sila abaikan typing error sebab masa menaip banyak sangat gangguan emosi)

1 comment:

suezen said...

sebak......when u r too close to some1...bila dh xde...akan teringat2