Nampak tak kalau tak ada apa2 yang hendak dibicarakan, mula la aku ni nak merepek ni. Hikhikhik. Ni nak bagi tahu sikit, nak sembang kencang sikit nak bilang apa yang orang2 JB selalu buat kalau kitorang bosan.
Aku dengan geng2 aku memang jenis JBForever, kitorang hidup mati JB gitu, katanya!!!
1. Kitorang selalu makan, kalau sekali keluar makan mesti 5-6 kali. eh? Macam banyak sangat tu. Okay laaaa mesti 2 ke atas. Haaaaa. Kat mana kitorang selalu makan? Itu memang depends, tapi kalau ditanya nak makan mana, itu memang soalan yang paling sukar nak dijawab. Sebab kitorang ni jenis yang suka berjimat cermat, tempat makan haruslah tidak mahal sangat, tapi bukan murah sangat pun. Paling murah dan selalunya time2 gaji dah nak habis tu, kitorang makan kat Bakso Kubur Cina. Sedap wei! Kalau rasa macam ala2 kepuk sikit duit tu, makan la yang best sikit kan. Tapi kat JB banyak je tempat makan. Tapi tu tunggu post lain k.
2. Aktiviti wajib, KARAOKE!!! Memang dah tak ada kerja lain. Lepas makan je mesti karaoke. Tempat karaoke yang best dan tak mahal sangat selalunya dekat Show Planet atau Crazy Mike. Nak lagi murah, Suara OK je beli sejam dapat setengah jam percuma kalau pergi before 7.00p.m.
3. Tengok wayang. Kalau tengah musim, sehari tgk sampai 2-3 kali. Nuffsaid!
4. Lepak Starbucks.
5. Windows shopping, ni paling selalu. Kalau sorang yang nak beli barang, semua2 ikut g beli barang gak.
6. Boling. Yang ni tipu. Jarang sangat dah main boling ni. Saje jelah bagi cadangan main boling.
Apalagi eh yang kitorang buat? Entahlah. Kalau orang luar datang JB semua cakap JB tak best. Kalau tak best, jangan datang JB. eh? sentap pulak.
Kami2 ni bersyukur jelah kat JB ni. Jalan pun tak sesak sangat. Barang pun kalau pandai cari lubuk murah, insyaAllah jumpa. Saya sayang JOHOR BAHRU. Johor dihatiku!
No comments:
Post a Comment